Hi all.. Hari ini ingat nak kongsi sikit la kisah yang mendukakan dan mengembirakan hati ini. Banyak cabaran yang saya lalui untuk mencapai banyak benda walaupun sedikit sahaja. Saya banyak mengalah dalam bab-bab yang memerlukan bermain dengan emosi tapi saya tak ade la nak beremosi sangat macam budak-budak yang gedik dan mengada gila. Saya jenis yang sempoi, perwatakan agak kasar dan saya seorang yang sensitif kepada sesuatu yang membuatkan hati saya tersentak mahupun tersentuh. Naluri saya sering saja begitu. Pernah saya sangat sedih.. Tiga bulan lamanya. Saya tak mahu kembali ke saat itu lagi kerana saya telah melupakan peristiwa itu. Banyak perkara yang mematangkan fikiran dan perlakuan serta perwatakan saya. Saya masih seorang yang mereka kenali dulu. Saya tetap Fatin Nursyahirah yang mereka kenal dulu. Saya cuba untuk memperbaharukan setiap langkah dan fikiran saya walaupun saya akui masih ada sifat keanak-anakan dan sifat kartun itu. Saya banyak berfikir adakah ini boleh menjadikan saya seorang yang lebih baik walaupun saya tahu saya seorang yang tidak sempurna. Saya menjanjikan yang terbaik walaupun tidak punya kawan yang ramai kerana sesuatu itu. Saya bukan seorang pendendam mahupun seorang yang menyimpan rasa terhadap seseorang itu. Yang lepas itu biarlah lepas. Tidak perlu dikenang kembali kerana ianya boleh membawa kembali perasaan luka dan kecewa itu. Saya banyak belajar semua ini untuk kebaikan diri saya. Sejujurnya, saya mengharapkan akan ada insan yang diturunkan Allah kepada saya itu dapat menerima diri saya dengan seadanya. Dulu saya tak boleh menerima kenyataan jika keadaan saya ini menjadi dinding atau tembok yang menghalang perhubungan dalam persahabatan. Kini, saya lebih kuat menghadapinya kerana saya ada keluarga yang menyokong, saya ada sahabat yang setia walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya hati saya saat itu.. Tetapi itu bukan tiket untuk give up. Saya sedar diri siapa saya ini. Saya banyak memunasabahkan diri.
Sekian sahaja celoteh saya hari ini.. I will update this next time when I have free time again.. Not everyday that I can feel kinda this. Seeya.. <3
Tuesday, April 3, 2012
Kenyataan Yang Pahit Utk Di Telan!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment