Thursday, March 29, 2012

Novels & Hostel

Assalamualaikum semua.. Hello friends... Dah lama tak update cerita kat sini. Biasalah kan, sibuk memanjang sampai ingat FB dengan Twitter. Blogger dah tak ingat. Ingat sikit-sikit je. Ini pun baru teringat sudah. Dah lama tak update blog dalam Bahasa Melayu. Yes, mungkin anda berasa terkejut dan terkelu dan apa-apa sahajalah tapi bagi saya bahasa saya adalah bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi. Sayang sekali kalau kita melupakan bahasa kita dengan semudah itu. Bagi saya, apa yang tersurat dan tersirat selama ini, banyak memberi saya pengajaran dan pembelajaran yang berguna ketika ini. Ini kerana. saya telah melihat diri saya sendiri ketika menjadi seorang pelajar kolej yang sememangnya memerlukan pengorbanan yang besar dan jati diri serta semangat yang tinggi dan tidak mudah luntur. Saya juga seorang insan yang mencari ilmu dan berusaha sesungguh mungkin untuk memahami semua subject yang dipelajari di kelas dan berusaha memanjang rasa sungguh itu dengan cuba untuk memahami konsep pelajaran ini. Saya juga kini sudah pandai berjalan sendiri tanpa perlu tinggal di hostel dan kini berpindah semula ke rumah saya setelah saya sendiri sudah pandai dengan selok belok di Pulau Pinang.
Sekarang ini, saya cuti sem 2 minggu. 2 minggu pastinya mahu bekerja. Tapi adakah 2 minggu itu mahu orang ambil kerja? Saya tertanya-tanya sendiri. Saya sendiri sebenarnya tidak yakin yang saya ini pandai bekerja atau tidak. Tetapi saya tidak mahu putus asa seperti itu sahaja. Keinginan ingin mencari poket sendiri sememangnya menggunung tinggi macam Gunung Kinabalu. Saya tahu bekerja memang menyusahkan tapi andai kata jika anda mahu dan tidak mahu ketinggalan, itulah gunanya usaha kita.. Bak kata pepatah Melayu, " Dimana ada kemahuan, di situ ada jalan". Tidak selama-lamanya kita mahu mengalah dengan diri sendiri. Lagipun banyak lagi perkara yang ingin saya kecapi dan saya juga mahu mengecapi impian saya sendiri selain daripada benda-benda yang sudah ligat berpusing di kepala saya.
Saya juga pernah mahu membuat kerja sampingan seperti berjinak-jinak dengan dunia penulisan. Saya sendiri suka menulis dan mengarang. Cuma, kalau yang melibatkan perkara yang memerlukan masa yang panjang, awal-awal lagi saya akan reject, sebab tak ada masa. Now, I try find a time for myself for release my dream that I want. Bukan mudah untuk menulis lebih-lebih lagi melibatkan penulisan yang memerlukan imaginasi yang tinggi dalam mengarang novel ataupun majalah. Saya mungkin dalam perancangan mahu membuat kisah sendiri melalui novel pertama saya. Banyak yang saya fikirkan kerana ianya melibatkan watak, plot dan harga serta sambutan dan penerimaan orang ramai tentang semua ini. Pastinya akan berlaku banyak kerja sekiranya saya mahu membuat semua ini dalam satu masa. Sekiranya saya sanggup la..
Okaylah, sampai sini sahaja saya mengupdatekan kisah saya sekarang. Mungkin saya akan mempertimbangkan semua ini kerana banyak galakan yang saya dapat. Ini adalah pemulaan. Permulaan yang bagi saya sangat mencabar emosi mental dari dalam dan luar. Insya-Allah, sekiranya diizinkan-Nya, saya akan buat bila saya sendiri akan bersedia. Lain hari pula saya akan update entri saya ini.... Sayang kalian..


Lot's love .....