Monday, April 16, 2012

Keluar Rumah!

Hari nie nak cerita sikit pasal hari nie. Aku memang la penat tapi still nak main FB dengan Twitter. Hari nie giler sikit sebab awal-awal pagi aku perlu keluar untuk ke kolej bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas. Pukul 6.00 pagi pula tu.. Lepas tu keluar rumah pukul 7.00 pagi. Sampai jetty pukul 8.00 pagi. Lepas tu sampai kolej pukul 8.30 pagi. Tetiba teringat la pula kat handphone tertinggal kat tilam besar, nasib baik teringat. Kalau tak, siapa aku nak contact. Lagi haru - biru.  Tak ke gile namanya.. Dah la mengantuk la pula time tu. Hishhh.. Aku pun terpaksa la juga sebab aku pun tak tahu jadual macamana so kena keluar awal la. Aku pun masa dah habis melilau kat kolej tu, jumpa kawan kejap sebelum aku pergi melilau kat Plaza Gurney Mall.. Sesaja sebab aku nak beli top up handphone sebab tinggal sejemput jew kat dalam handphone tu.. Apa lagi, teringat la pula nak pergi SEGi Glee Club tapi kemalasan menebal sangat dalam diri ini. Masa tu ade kat Plaza Gurney Popular Books Store. Aku kat situ nak tengok novel-novel baru yang best-best yang aku tengok kat internet. Lepas tu, aku pergi balik ke kolej sebab kelas aku pukul 5.00 petang sampai 8.oo malam.. Haru beb! Macamana x haru, kelas sampai malam pula tu.. Gile la weh.. Sepanjang hari nie aku tak rehat langsung. Ambik kau! Tak pernah dalam sejarah aku bangun awal gile untuk menapak ke kolej.. Tension la juga, but kena la biasakan diri kalau nak berjaya.. Result final exam semester 1 buat aku kecut perut. Entah la macamana gamaknya.. Takut juga nak ambil mak cik oi!!! Benda tu dah la besar!!!

Okay la.. Nanti aku sambung celoteh aku di masa lain.. Nine days been like nine teen days.. Kalah orang buat latihan mendaki bukit! Hehehe/:P . 


Tuesday, April 3, 2012

Kenyataan Yang Pahit Utk Di Telan!

Hi all.. Hari ini ingat nak kongsi sikit la kisah yang mendukakan dan mengembirakan hati ini. Banyak cabaran yang saya lalui untuk mencapai banyak benda walaupun sedikit sahaja. Saya banyak  mengalah dalam bab-bab yang memerlukan bermain dengan emosi tapi saya tak ade la nak beremosi sangat macam budak-budak yang gedik dan mengada gila. Saya jenis yang sempoi, perwatakan agak kasar dan saya seorang yang sensitif kepada sesuatu yang membuatkan hati saya tersentak mahupun tersentuh. Naluri saya sering saja begitu. Pernah saya sangat sedih.. Tiga bulan lamanya. Saya tak mahu kembali ke saat itu lagi kerana saya telah melupakan peristiwa itu. Banyak perkara yang mematangkan fikiran dan perlakuan serta perwatakan saya. Saya masih seorang yang mereka kenali dulu. Saya tetap Fatin Nursyahirah yang mereka kenal dulu. Saya cuba untuk memperbaharukan setiap langkah dan fikiran saya walaupun saya akui masih ada sifat keanak-anakan dan sifat kartun itu. Saya banyak berfikir adakah ini boleh menjadikan saya seorang yang lebih baik walaupun saya tahu saya seorang yang tidak sempurna. Saya menjanjikan yang terbaik walaupun tidak punya kawan yang ramai kerana sesuatu itu. Saya bukan seorang pendendam mahupun seorang yang menyimpan rasa terhadap seseorang itu. Yang lepas itu biarlah lepas. Tidak perlu dikenang kembali kerana ianya boleh membawa kembali perasaan luka dan kecewa itu. Saya banyak belajar semua ini untuk kebaikan diri saya. Sejujurnya, saya mengharapkan akan ada insan yang diturunkan Allah kepada saya itu dapat menerima diri saya dengan seadanya. Dulu saya tak boleh menerima kenyataan jika keadaan saya ini menjadi dinding atau tembok yang menghalang perhubungan dalam persahabatan. Kini, saya lebih kuat menghadapinya kerana saya ada keluarga yang menyokong, saya ada sahabat yang setia walaupun dalam hati hanya Tuhan yang tahu betapa sakitnya hati saya saat itu.. Tetapi itu bukan tiket untuk give up. Saya sedar diri siapa saya ini. Saya banyak memunasabahkan diri. 
Sekian sahaja celoteh saya hari ini.. I will update this next time when I have free time again.. Not everyday that I can feel kinda this. Seeya.. <3