JOZAN! My favourite Idol!
Assalamualaikum! Dah lama tak update blog, kan?
Sekarang nie Sha tengah update blog, nak citer pasal something sikit la. Busy memanjang macamana nak update, dulu boleh la, tak ade kerja nak buat, sekarang, nie die, banyak giler kena compete, bukan senang nak jadi student, lebih-lebih lagi student kole swasta, swasta sangat la mahal pula tu, I'm sure you guys now my feelings, does I'm right? :P . Banyak benda nak kena fikir, pelajaran la, event la, keluarga, sahabat dan juga diri sendiri ( walaupun diri sendiri tu tak berapa nak betul sangat), apa pown tidak menghalang untuk berkomunikasi dengan kawan-kawan di Facebook mahupun Twitter.
Nie nak citer sikit.. Dulu, kan, kita nie mana la nak minat sangat dengan kumpulan pelawak popular iaitu JOZAN yang dianggotai oleh Johan Raja Lawak dan Zizan Razak. Mula-mula minat diaorang nie pada tahun 2010, masa tu minat biasa-biasa jew, sampai la time dengar satu lagu yang cukup dekat dengan telinga pendengar muzik tempatan iaitu " Selamat Tinggal " . Lagu ini di popularkan oleh Zizan Razak dan Dina yang kini menjadi deejay radio NO.1 iaitu Era.fm. Lagu tu macam ade kena-mengena dengan diri ini, sekali gus minat diaorang la lepas tu biar kejap sebab time tu nak fokus kepada SPM.
Pada tahun 2011, JOZAN terus mengejutkan peminatnya dengan pelbagai aksi mereka yang melucukan, dan membuatkan peminat tertunggu-tunggu dengan kehadiran mereka di pentas, ini kerana populariti mereka sebagai artis kelahiran program realiti. Tapi walaupun mereka lahir dari program tersebut, mereka sangat bersungguh-sungguh dalam mengukuhkan nama mereka dipersada seni tanah air. Pada tahun itu, Sha semakin meminati mereka dan setia meminati mereka kerana mereka tidak seperti artis lain. JOZAN istimewa di mata peminat setia mereka.
Kenapa Sha katakan JOZAN ini istimewa di mata peminat mereka? Mungkin anda mahu tahu kenapa. JOZAN istimewa di mata kami iaitu peminat JOZAN kerana apa yang dibuat atau dipersembahkan oleh mereka bukanlah secara hikporit, tidak ikhlas, mengutip populariti mahupun mengejar glamour. Tetapi mereka berjaya menempatkan diri mereka dalam industri seni tanah air ini kerana mereka mahukan sesuatu yang baru, segar dan tidak terlalu meleret sahaja. Malah, ape yang mereka buat untuk peminat adalah ikhlas, dan tidak seperti sesetengah artis yang kita sering lihat di mana-mana sahaja. Malah, boleh dikatakan mereka sangat istimewa di mata peminat mereka dan Sha sendiri sangat meminati mereka sehinggalah ke hari ini, 2/11/2012.
JOZAN tidak seperti sesetengah artis lain yang menempatkan diri mereka untuk tujuan menumpang nama mahupun mengejar glamor dan kerlipan bintang dalam diri mereka tetapi JOZAN jika kita perhatikan, mereka profesional, ikhlas, bijak, dan sentiasa bersedia dengan tugas mereka yang kita tengok mungkin berat. Tetapi lihatlah, mereka berjaya sehingga ke hari ini. Mereka berjaya merangkul kejayaan dan anugerah seperti ABPBH 2010, Anugerah BlokBuster, Shout Awards. JOZAN sangat menghargai peminat mereka dan mereka juga menyayangi peminat mereka. Peminat mereka yang pelbagai latar belakang membuatkan kami terus berhubung hingga ke hari ini. Sha sangat bertuah kerana dapat berkenalan sesama peminat JOZAN yang menggelarkan diri mereka JOZANNERS. Sememangnya, mereka semua yang terbaik.. Zizan Razak merupakan artis yang paling top dan banyak berlakon filem, mengacara rancangan, menjadi rapper dan kini mempunyai peminat yang ramai ( termasuk la Sha ).
Apa yang menarik perhatian Sha, persahabatan mereka sememangnya sejati dan tidak ada siapa yang bisa mengubah keadaan itu, Sha sangat terharu melihatnya. Sha sering berdoa agar dapat mempunyai nilai persahabatan seperti itu. Nilai persahabatan itu tidak boleh dibeli atau dijual dengan wang ringgit. Ianya sangat bermakna buat kami iaitu JOZANNERS. Apa yang menarik juga pada kaca mata Sha ialah, kerana Zizan Razak juga saya bertemu dengan hamba Allah bernama Wanie di laman Facebook. Allah mahu menemukan kami melalui Zizan sendiri, melihat kepada keserasian kami ini, membuatkan kami rapat melalui alam maya walaupun tidak pernah jumpa. Sha beruntung mempunyai family JOZANNERS tidak kira dimana mereka berada.
Paling saya berasa beruntung ialah, saya sendiri sudah di balas tweet oleh Abg Jo dan Abang Zizan.. Termasuk manager Zizan sendiri, Maryna Juki. Dan keluarga #ZizansTwitterFamily. Sejak saya minat Zizan, saya merasakan yang saya seperti mempunyai talian persaudaraan dengan keluarga ini di Facebook dan Twitter, meskipun di alam maya, tetapi mereka semua sangat baik, ikhlas dan sporting dalam bab-bab yang saya sendiri kadang-kadang sukar nak catch, tapi mereka ini sangat baik dan sabar melayan karenah saya. Saya amat menyayangi mereka sebagai mana saya menyayangi keluarga saya sendiri. Mereka juga la my sisters dan brother. Abang Zizan sendiri saya sudah anggap seperti abang saya walaupun tak pernah jumpe, melalui #ZizansTwitterFamily, saya rasa sangat gembira menjadi sebahagian dari mereka.
Kak Needa, Kak Melati & Adyanny : Memang best la kakak nie.. Awesome sesangat. Memang miss diaorang la.. Waktu-waktu macam nie memang best sembang dengan diaorang.
Ungu Comot @ Wanie Wippy : BFF dari berkenalan di FB sejak 2 bulan lepas ( if tak silap la, hehe.. ) Die study di matrik.. Kitaorang jadi rapat sebab Abang Zizan. Kami boleh share ape sahaja, sama ada problem ataupun tentang minat kami ini. Die satu-satunya kawan yang mempunyai minat yang sama. Tak pernah jumpe langsung tapi itulah, kuasa Allah S.W.T tiada siapa mampu menidakkannya, jika Dia mahu menemukan seseorang itu, maka, itulah yang terjadi. Saya amat bersyukur sangat kepada-Nya.
Zarith Amira : Adik angkat yang comel dan baik.. Memang tak boleh berenggang la kalau tak on dengan die, die pown banyak berjasa juga. Banyak yang kami citer dan kongsikan. Die juga la yang banyak dengar masalah saya.. Pendek kata, adik Zarith nie memang nakal sikit tapi matang.
NurAidaTajudin : Die yang saya kenal first dulu di Facebook, walaupun tak pernah jumpe, tapi dalam hati saya tahu die memang baik sangat, sanggup tolong JOZANNERS lain kalau ade masalah.
Kak Ain : Kakak Ain banyak nasihatkan saya supaya bersabar dalam ape sahaja kita nak buat, walaupun jauh tapi die memang baik. Die dah banyak kali jumpe Abang Zizan. Memang awesome la.
Miss_SyahBanu : Orang Penang juga tu, memang rapat juga la time tweet-tweet nie.. Nanti kalau ade rezeki, Insyaa-Allah, ade peluang nak jumpe dengan JOZANNERS yang lain.
#ZizansTwitterFamily yang lain seperti Ika, Fyza, Hanis dan Fariha juga merupakan kawan dan siblings saya dalam dunia Twitterland nie. Saya amat menyayangi mereka semua sebab mereka dah macam family saya sendiri.
Mereka juga mempunya blog dan fan page Facebook dimana semua maklumat yang berkaitan tentang Zizan Razak akan diupdate di situ. Malah kami sangat teruja kerana Zizan sendiri sudah melihatnya. Nampaknya usaha kami berbaloi dan tidak sia-sia. Alhamdullilah, syukur kepada-Nya.
Kalau nak singgah blog mereka, ini die.. Ini blog rasmi JOZAN!
Blog Rasmi : http://jozanrajalawakfc.blogspot.com/
Fan Page : http://www.facebook.com/HotNewsBeritaTerkiniZizanRazak
Twitter : twitter.com/zizanrajalawak
Alhamdullilah, semuanya sangat sempoi dan awesome! Memang terbaek sangat!
Sya doakan yang terbaik buat Abang Zizan dan Abang Johan kita ..
P/S : Hope everything is gonna be alright! Wanna give him a present.. Insyaa-Allah!
No comments:
Post a Comment