Thursday, November 15, 2012

Jozan at Maharaja Lawak Mega

Assalamualaikum semua! Maybe ade yang tak mengikuti blog Syahirah nie.. Tapi tetap mahu update kejap. Boleh? :D
                      
Maharaja Lawak Mega!

               Okay, nak cakap sikit pasal esok. Esok malam ade Maharaja awak Mega di Astro Warna, pertandingan ini ada my favourite comedian Jozan, yang dianggotai oleh Johan Raja Lawak & Zizan Razak. Tak sabar Sya nak tengok esok diaorang berentap untuk minggu pertama. Dan ini adalah yang competition yang besar buat Jozan. Sudah tentu Sya menyokong mereka 100% kerana Sya pasti ramai peminat-peminat mereka pastinya terharu dan menyokong penuh Jozan memasuki pertandingan ini. Jozan adalah pelawak yang berbakat besar dan mempunyai pelbagai bakat yang tersendiri. Sya cukup kagum mereka mampu handle kerjaya mereka dengan baik. Jozan harus dicontohi oleh sesetengah pelawak junior lain kerana Jozan mempunyai kriteria yang diperlukan dalam industri seni dan lawak nie sebab Jozan mampu memberikan yang terbaik buat kita dan menaikkan imej pelawak agar lebih dipandang. Sesetengah pelawak tidak mampu untuk melakukan sesuatu untuk melihat pelawak dipandang seperti artis lain yang diberi perhatian. Tetapi, Jozan berjaya membuktikan walaupun mereka hanyalah pelawak atau comedian yang berkumpulan, tetapi pada pandangan Sya, mereka telah membuka mata orang terhadap pelawak kerana pelawak mempunyai kelompok kecil sahaja, Jozan telah membuatkan orang membuka mata dan melihat sendiri betapa bersusah payahnya seorang comedian itu mencari idea dan membuat pelbagai aksi komedi untuk menghiburkan orang. Walaupun menjadi comedian ini tidak dapat memuaskan hati orang, pada pandangan Sya, Jozan telah memberikan yang terbaik dan telah membuka mata Sya sendiri agar lebih peka untuk melihat pelawak itu memainkan peranan mereka dalam menghiburkan peminat mereka mahupun orang ramai. 



Untuk esok, Sya mendoakan yang terbaik buat mereka seperti mana Sya mendoakan kejayaan keluarga Sya dan diri Sya sendiri. Sya juga telah melihat Jozan telah banyak berkorban demi mahu memuaskan hati banyak pihak. Seharusnya, orang luar ataupun peminat yang meminati comedian perlu faham perasaan seorang pelawak itu sendiri yang membawa karakter mereka apabila mereka mengadakan show atau bertanding. Mereka juga perlu menghargai jasa Jozan dan pelawak-pelawak lain yang telah banyak menyumbang kerja dan tenaga mereka untuk industri, peminat dan diri mereka sendiri. Sya bukannya tahu sangat pasal bab-bab lawak melawak nie, tapi Sya tahu erti pengorbanan, penghormatan dan menghargai jasa orang.. Pengorbanan mereka bukan sedikit tetapi lebih dari itu. Seharusnya, mereka tahu, comedian adalah comedian. Melawak bukanlah sesuatu yang mudah untuk dibikin tetapi jika kena dengan cara dan tempat, Insyaa-Allah, ianya akan berjaya. Jozan adalah kumpulan yang berbakat besar.. Mereka sememangnya terbaik. 


Selain itu, nervous pasal something nie! Yela kan, kita nie mana la pernah bagi itu ini kat orang, first time pula tu bagi kat orang. So, nak buat macam mana ye? Sya rasa nak saja tutup muka dan segala bagai sebab malu la.. Hehehe.. Yela kan, kita nie tak tahu perasaan dan hati orang macamana. Tapi bagi Sya, Sya rasa Abg Zizan Razak seorang yang sangat baik, merendah diri, tidak sombong, kelakar, suka senyum, suka menggembirakan hati peminatnya, dan menghargai peminat-peminat beliau. Sya tak tahu dan tidak mengenali rapat dengan Abg but I feel like I was knowing him more even we're not meet each others. Sya tak tahu nak luahkan pada siapa, so, dengan adenya blog nie, harap ianya membuatkan kegelisahan di hati ( rasa berdebar dan nervous dan macam-macam lagi la.) Nak buat macamana kan.. Sya hanya mampu berdoa & bertawakal agar tak rasa risau & dok asyik nak fikir je. Allah Maha Mengetahui dan Dia juga Maha Penyayang lagi Maha Adil. Dia mendengar keluhan dan rintihan hamba-Nya ini.

Tetapi Sya cukup gembira dan suka sebabnya Sya sekarang ade sebuah lagi family iaitu #ZizansTwitterFamily yang selalu memberikan sokongan padu dan sentiasa di sisi walaupun tidak pernah face to face. Mereka ini sangat sporting , friendly & baik sangat! Kami selalu berhubung di laman FB ataupun Twitter. Keluarga kami juga mempunyai blog dan di situ akan ada pelbagai news baru mengenai Jozan. Kak Needa, Kak Melati, Kak Adyanny, Miss Banu, Wanie Wippy, Zarith, Kak Ain, Kak Ika, dan semua family di #ZizansTwitterFamily sudah Sya anggap macam family dan sister Sya sendiri, Abg & Kak Maryna pown Sya dah anggap macam abg n kakak sendiri.. :D ( Jangan marah ye. ) :)


 Okay, sampai sini saja coret2 kat sini.. Mengantuk sudaaaa... Skrg sudah pukul 1.17 pagi dah.. Update punya lama, tapi untuk Family nie, no problem sebab Sya sayang korang ketat-ketat! :) :D


P/S : Sya doakan yang terbaik untuk Jozan for malam esok! Minggu pertama MLM!



No comments:

Post a Comment